Putih ! Makanan ruji rakyat Malaysia yg aku rasa antara penyebab obesiti kalau terlebih makan sebab karbohidrat yg tinggi. Walaupun basically nasi x de rasa tapi bila di goreng, ia akan jadi sedap especially bila letak bahan2 yg betul. Manusia pun lebih kurang macam nasi yg putih pada awalnya, seiring dengan masa berlalu kita mula merencahkan sendiri hidup kita dan x smua orang dapat rencahkan hidup diaorang dengan sempurna sebab tulah kita akan berjumpa dengan orang yg selalu fikir diri dia bagus or betul. Walaupun agak sakit hati dengan perangai diaorang yang agak sarkastik tu, tapi kita kena belajar terima diaorang nih. Kita ibarat sudip yang menggaulkan nasi untuk sebatikan rasa. Dalam hidup, aku percaya yang kita kena sayang and terima diri kita sendiri supaya bila kita jumpa dengan orang macam diaorang yang selalu fikir diri bagus and suka perkecilkan cara kita sekuranng-kurangnya kita x terasa sangat sebab yg penting kita kenal diri kita siapa. Aku mungkin x sanggup atau berani untuk menjadi sudip tapi aku sanggup menjadi pinggan untuk diletakkan nasi yang terlebih rencah tuh sebab aku x sanggup nak berdepan or bercakap dengan manusia seperti tu. Apa yang penting, kita kena tahu manusia or nasi jenis apa yang kita nak jadi dalam hidup tanpa menjelikkan orang lain. Eh, apa aku merepek ni ? Apa kena-mengena nasi dengan perangai manusia pula ? Hahaah... aku dah ngantuk rupanya. Patut lah ....
Belajar utk merendah diri,
najiha
Tas-te. ing.
food totally doesn't feel like Heaven !
February 26, 2012
Cupcake
Comel ! Kek mini yang dibakar dalam mangkuk kertas dan biasanya orang akan hias dengan aising yg berwarna-warni or kadang2 over the top coraknya ! Kat Malaysia, kebanyakan cuppies (kek cawan) lebih mementingkan corak aising seperti bunga, etc. Tapi personally, aku lebih prefer pada rasa cuppies tu sendiri daripada aisingnya. Macam dalam cerita DC CUPCAKES kat ASTRO tuh, aku suka tengok flavour cuppies dia yang pelbagai dengan aising yg minima sebab barulah kita dapat rasa kek tu bukan aisingnya. Ibarat cuppies, kalau kita terlalu menghiaskan cuppies tuh dengan aising kemungkinan untuk dapat merasa flavour kek tuh minima sebab dah dikaburi dengan rasa gula/cream daripada aisingnya. Macam hidup juga, bila kita terlalu fokus pada pandangan kita je, orang lain akan rasa meluat @ muak dengan sikap kita sebab x ambil kira pendapat diaorang sedangkan kalau kita selalu bersederhana dalam banyak perkara orang akan merasa hormat kat diri kita and dapat kenal diri kita yg sebenar. X semua orang boleh terima diri kita tapi selagi kita x melebih-lebih dalam hidup ia x menjadi masalah. Cuppies pun macam tuh juga, kalau kita kurangkan aising and fokuskan pada flavour kek tuh sendiri orang x kan merasa muak and nak tambah lagi makan. Dalam hidup pun, kita kena pastikan kita x terlebih letakkan aisning dalam hidup supaya orang lain dapat melihat diri kita dan terima kita seadanya. Yang paling penting, kita kena terima diri sendiri dulu barulah kita boleh aisingkan diri dengan apa2 warna or flavour pun sebab kita dah tahu kelebeihan and kekurangan sendiri jadi sikap melebih-lebih dpat dikurangkan or elakkan. Well, sebenarnya aku dah x faham apa yang aku taip tapi apa2 pun, bersederhanalah dalam hidup sebab Tuhan sukakan kesederhanaan.
Aku yg pening,
najiha
Aku yg pening,
najiha
Cream Puff
Kuning Perang ! Ah, sedapnya kalau dapat makan cream puff especially kalau krim kastard dia tu penuh ! Lagi best kalau dapat buat sendiri and aku pernah juga buat before this and rasanya tak sesedap mana kalau nak dibandingkan dengan cream puff yg dibeli. Firstly, kena buat adunan untuk puff yang mana tak susah or leceh sangat. Kacau2 dalam periuk dah siap lepas tu pipe atas dulang before bakar. Lecehnya nak buat kastard untuk filling puf tu lah. Masalah aku, aku selalu terlebih letak tepung kastard sampai sudu nak kacau adunan tu pun boleh melekat sebab terlalu kental teksturnya. Certain orang letak whipped cream tapi pada aku kastard lagi sedap ! Macam hidup juga. Kita semua mengharapkan hari ni akan jadi hari yang best and terbaik tapi x semuanya akan jadi macam yang kita harapkan. Sekali benda buruk berlaku, bertimpa-timpa pulak berlaku kat diri kita ! Walaupun geram, tapi bila fikir balik semuanya berpunca daripada diri sendiri juga so tak bolehlah nak salahkan orang lain, kan ? Hm... kadang2 ada satu saat aku rasa macam fed up ngan orang kat sekeliling aku sebab cara diaorang layan aku tapi aku cepat2 sedarkan diri yang x semua orang sempurna untuk capai standard yang kita harapkan daripada diaorang en ? Apa2 pun kena tengok diri sendiri balik before nak komen orang lain. Macam cream puff juga, kalau menjadi maknanya kita dah buat benda tu dengan betul and penat lelah kita berbaloi. Kalau tak, ia merupakan satu pembaziran tapi biasalah tak semua yang kita rancang boleh menjadi kenyataan, kan ?
Lots of love,
najiha
Lots of love,
najiha
February 1, 2011
Apam Balek !
Alhamdulillah ! Yeay, akhirnya apam balek impianku menjadi ! Semua orang puji sedap (semua orang = family sahaja) ehehee... kira dah x payah lagi lah nak beli kat pasar malam lagi enn. Hahaaha... thank you Myresipi.com ! Lepas ni nak makan donat buatan kakak pulak. Harap2 menjadi + sedap lah. Petang nih pun nak buat apam balek lagi sebab nak habiskan acuan yang lebih tuh. Kalau fikir2 balik, boleh jugak kalau aku letak telur dalam apam balek tuh. Pastu letak sos cili or tomato + garam sikit and then, lipat . Wah ! Sedap ke ? Hm, apa2 lah. Cube dulu baru rase and tahu kan ? Kalau x sedap, buang lah, kalau sedap 'NGAP' lah lagi ! Okay2 merepek lebih je aku nih...
Apam Balek,
ghamohdanuar
Apam Balek,
ghamohdanuar
January 31, 2011
Eat, Pray, Un-Love !
Petang tadi mengidam nak makan apam balek, so minta lah abah belikan kacang tanah + jagung krim. Well, disebabkan pengalaman mase form 3 dulu pernah buat apam balek sendiri pastu menjadi (hidung kembang sampai cacing pun ingatkan gua!) aku pun cuba lah nak buat. Cett, gaya macam pakar je padahal ingat2 lupe steps nye. Tepat jam 0925 malam, terhasillah.... bukan apam balek tapi... apam x nak balek. Why ?! Istana anganku musnah... sekali pandang macam roti arab yg dh dilipat. 2 kali pandang mcm dh x nak pandang langsung ! Haih, ape nak buat kan? Alang2 dah buat acuannye boleh tahan banyak kenelah habiskan. Lagipun, aku sebelum tu dah blend kacang tanah mcm nak berniaga so kene lah guna. Tapi, even x berapa menjadi apam balek tuh, atuk aku suka ! Waahh... nih kire dah LULUS ujian nak pikat mak + bapak mertua ! Well, walaupun apam balek aku akhirnya bertukar menjadi apam x nak balek, tapi syukur la juga sebab masih HALAL dan BOLEH dimakan ! Hahaha... x de lah membazir, ya ?
Oh, mase tengah menaip nih tibe2 terasa nak makan donat coklat la pula !
Hm, kalau beli confirm mahal kan ? So, carilah resipi kat internet (pastu mintak abah duit nak beli barang + ice cream Wall's). Nanti kalau ada masa + rajin, akan cube upload gambar apam x nak balek tuh.
Hee....
Nak makan ke tidur ?
ghamohdanuar
Oh, mase tengah menaip nih tibe2 terasa nak makan donat coklat la pula !
Hm, kalau beli confirm mahal kan ? So, carilah resipi kat internet (pastu mintak abah duit nak beli barang + ice cream Wall's). Nanti kalau ada masa + rajin, akan cube upload gambar apam x nak balek tuh.
Hee....
Nak makan ke tidur ?
ghamohdanuar
Officially...
After spending 30 mins ++ just to makeover this blog, now I officially launch it in my sister's room using her laptop ! Yahoo !
Subscribe to:
Comments (Atom)